Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Lee Sia Voon memenangi hadiah utama promosi Festival Makanan Singapura Makan dan Menang 2021 anjuran Restoran Anjung Saujana pada majlis penyampaian hadiah di restoran tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei hari ini.
Beliau memenangi dua tiket penerbangan ke Singapura tajaan Singapore Airlines yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar Royal Brunei Culinary, Haji Jeff Hadiman bin Dato Paduka Haji Danial dan Pengurus Besar Singapore Airlines di Brunei, Keith Ting.
Promosi bermula 30 Mac sehingga 11 April itu memberi peluang kepada pelanggan menyertai cabutan bertuah Makan dan Menang bagi memenangi hadiah utama sepanjang berlangsungnya promosi.
