Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiktok berdepan larangan di AS

    WASHINGTON, 24 SEPT – TikTok, platform video pendek dengan kira-kira 1.6 bilion pengguna di seluruh dunia dan 170 juta di Amerika Syarikat (AS), kekal sebagai pusat ketegangan geopolitik antara AS dan China, lapor agensi Anadolu.

    Platform yang dimiliki syarikat induk China, ByteDance sedang disiasat ketika kerajaan AS bergerak ke arah melarangnya atas alasan kebimbangan keselamatan negara.

    Pada Januari, pentadbiran Joe Biden dijangka menguatkuasakan larangan ke atas TikTok melainkan ByteDance menjual platform itu kepada entiti bukan China.

    TikTok telah memfailkan saman terhadap Jabatan Kehakiman AS, dalam usaha untuk terus beroperasi di negara itu.

    Kedua-dua pihak kekal tegas dengan hujah masing-masing ketika pertarungan undang-undang berlangsung. – Bernama

    Bangunan TikTok Inc di Culver City, California. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda