Saturday, January 25, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    TikTok berjaya hentikan serangan siber

    SAN FRANCISCO, 5 JUN – TikTok mengumumkan semalam bahawa mereka berjaya menghentikan serangan siber yang menyasarkan akaun berprofil tinggi termasuk CNN.

    Jumlah akaun yang terjejas adalah ‘amat kecil’ dan TikTok telah memperkukuh pertahanannya untuk menangkis kaedah yang digunakan oleh penggodam, menurut seorang jurucakap.

    “Kami telah mengambil langkah untuk menghentikan serangan ini dan mencegahnya daripada berlaku pada masa depan,” kata jurucakap itu sebagai respons kepada pertanyaan AFP.

    “Kami sedang bekerjasama secara langsung dengan pemilik akaun yang terjejas untuk memulihkan akses, jika diperlukan,” tambahnya.

    TikTok tidak menjelaskan secara terperinci cara eksploitasi yang digunakan oleh penggodam, tetapi laporan media menunjukkan ia melibatkan ciri mesej langsung.

    Serangan ke atas akaun jenama besar dan selebriti oleh ‘pelaku jahat’ telah dilaporkan kepada TikTok oleh CNN, menurut jurucakap itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda