Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    TikTok lancarkan album hits tular pertama

    PARIS, 24 JUN – Beberapa hits tular terbesar di TikTok telah diberi sentuhan orkestra penuh dan akan dikeluarkan secara tradisional menggunakan CD dan vinil pada musim panas ini, platform itu mengumumkan kelmarin.

    Tiktok telah bekerjasama dengan Warner Classiscs dan ia merupakan kali pertama TikTok menceburi pasaran muzik tradisional dan akan menyaksikan sebanyak 18 buah lagu dikeluarkan pada platform penstriman serta di kedai-kedai rekod.

    Sesiapa sahaja yang telah meluangkan masa di platform penstriman video akan mengenali lagu seperti No Roots oleh Alice Merton yang telah digunakan dalam 1.3 juta rakaman video ataupun lagu pendek berjudul Pieces oleh Danilo Stankovic yang digunakan oleh kira-kira 3.4 juta TikTokkers.

    Semua lagu telah diberi nafas baharu oleh Orkestra Filem Babelsberg Jerman.

    “Mendengarkan No Roots dalam konteks muzik baharu memberikan inspirasi. Saya teruja dengan projek itu dan saya tidak sabar untuk melihat hasilnya,” kata Merton dalam satu kenyataan.

    Beberapa potongan lagu unik juga boleh menjadi terkenal di platform aplikasi tersebut, seperti Monkeys Spinning Monkeys iaitu sebuah lagu pendek berunsurkan bunyi seruling yang sempurna sebagai muzik latar bagi banyak video ringkas.

    Selain itu, lagu Wellerman Sea Shanty juga telah mengimbau kembali suasana pantai yang mengambil alih TikTok seawal 2021 selepas seorang posmen Scotland, Nathan Evans, merakamkan dirinya menyanyikan lagu rakyat abad ke-19 itu.

    Klip tiga puluh saat daripada 18 buah lagu tambahan tersedia untuk digunakan di TikTok mulai kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...