Tuesday, December 24, 2024
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    TikTok mungkin dibenarkan sementara waktu – Trump

    WASHINGTON, 23 DIS – Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu, lapor Xinhua.

    Trump berkata aplikasi perkongsian video popular itu mungkin telah membantu menarik pengundi utama dalam pilihan raya presiden, dan menyatakan kemungkinan untuk mengekalkan TikTok beroperasi ‘untuk sementara waktu’.

    “Kami menggunakan TikTok dan kami mendapat sambutan yang hebat. Kami memperoleh berbilion-bilion tontonan,” kata presiden terpilih itu pada acara yang dianjurkan oleh organisasi konservatif Turning Point USA di Phoenix, Arizona.

    Trump menambah, beliau diperlihatkan carta yang menunjukkan jumlah tontonan yang diterima oleh kempennya pada aplikasi itu.

    Pada Rabu, Mahkamah Agung AS bersetuju untuk menyemak permohonan daripada TikTok dan syarikat induknya dari China, ByteDance, untuk menghalang penguatkuasaan undang-undang yang berpotensi menyebabkan penjualan aplikasi itu sebelum 19 Januari ini atau berdepan larangan atas alasan keselamatan negara.

    Mahkamah tertinggi negara itu dijadualkan mendengar hujahan kes berkenaan pada 10 Januari ini. – Bernama

    Gambar aplikasi TikTok di telefon bimbit. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda