Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    TikTok: Oracle ‘amat hampir’ meterai perjanjian

    WASHINGTON, 16 SEPT – Firma gergasi teknologi di Lembah Silikon, Oracle, kini ‘amat hampir’ memeterai perjanjian untuk menjadi rakan Amerika Syarikat (AS) kepada TikTok, kata Presiden Donald Trump semalam.

    Beliau memaklumkan, ia sekali gus dapat mengelakkan aplikasi video milik China itu daripada disekat di AS.

    Kenyataan Trump menyusul sehari selepas pihak berkuasa AS mengesahkan Oracle bersedia membuat perjanjian dengan pemilik TikTok, ByteDance, menjelang tarikh akhir ditetapkan Presiden AS itu yang menyifatkan aplikasi berkenaan sebagai ancaman ter-hadap keselamatan negara.

    “Saya dengar mereka sudah amat hampir mencapai perjanjian.

    “Kami akan membuat keputusan dalam masa terdekat, sama ada meluluskan usaha sama itu yang menjadikan Oracle penyedia teknologi dipercayai untuk TikTok,” katanya kepada wartawan.

    Walau bagaimanapun, butiran terperinci mengenai perjanjian itu masih tidak jelas.

    Namun, Financial Times melaporkan ByteDance bakal menempatkan perniagaan global TikTok di sebuah syarikat baharu yang beribu pejabat di AS dengan Oracle melabur sebagai pemegang saham minoriti bersama pelabur AS yang lain. – AFP

    Seorang lelaki berjalan di depan papan tanda syarikat Oracle di Beijing kelmarin. Oracle ‘amat hampir’ memeterai perjanjian untuk menjadi rakan AS kepada TikTok. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda