Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    TikTok sekat video propaganda IS

    BEIJING, 22 OKT – Aplikasi media sosial TikTok mengharamkan akaun yang memuat naik video propaganda untuk kumpulan militan Islamic State (IS), dalam skandal terbaharu yang membelenggu platform popular itu, kata kakitangan syarikat terbabit.

    TikTok yang dimiliki firma China, ByteDance, mendakwa mempunyai 500 juta pengguna di seluruh dunia tahun lalu menjadikannya salah satu daripada aplikasi sosial paling popular.

    Menurut seorang pekerja di TikTok, kira-kira 10 akaun disekat kerana memuat naik video berkenaan.

    Menurut Wall Street Journal, video terbabit turut memaparkan mayat yang diarak sepanjang jalan serta militan IS yang lengkap bersenjata.

    Video itu dipercayai dimuat naik puluhan akaun yang dikenal pasti oleh syarikat perisikan media sosial, Storyful.

    “Kandungan yang mempromosi organisasi pengganas sememangnya tiada tempat di TikTok,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

    Pada April lalu, TikTok diharamkan seketika oleh mahkamah India selepas didakwa mempromosikan pornografi dalam kalangan kanak-kanak.

    Syarikat itu menafikan semua dakwaan mengatakan mereka mematuhi undang-undang kerahsiaan tempatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda