Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    TikTok tawar format teks baharu

    SAN FRANCISCO, 25 JULAI – TikTok, platform sosial yang terkenal dengan kandungan video, mengumumkan semalam ia akan menawarkan siaran teks sahaja, menjadi gergasi teknologi terbaharu yang menawarkan alternatif kepada Twitter.

    Siaran teks di TikTok akan hampir menyerupai tawaran serupa di Instagram, yang awal bulan ini turut melancarkan cabaran kepada Twitter yang dinamakan semula X oleh pemilik Elon Musk dipanggil Threads.

    Seperti Threads milik Meta, TikTok mendapat manfaat daripada saiznya, dengan kira-kira 1.4 bilion pengguna aktif bulanan, menurut laman pakar Business of Apps.

    Tetapi tidak seperti syarikat induk Facebook, ia telah memilih untuk menyepadukan ciri baharu teks sahaja ke dalam aplikasinya dan bukannya melancarkan produk berasingan seperti yang dilakukan Meta dengan Threads.

    Versi TikTok akan kekal lebih visual berbanding siaran Twitter atau Threads, dengan pengguna boleh menambah latar belakang warna, muzik dan pelekat pada siaran.

    Syarikat milik China itu berkata format baharu itu akan meluaskan ‘penciptaan kandungan untuk semua orang di TikTok’ dan memanfaatkan ‘kreativiti’ yang dilihat dalam komen dan kapsyen, kata syarikat itu.

    Selain Threads, platform yang lebih kecil seperti Mastodon, Bluesky dan Substack Notes telah muncul sebagai saingan berpotensi kepada Twitter, tetapi setakat ini tidak ada yang berjaya mengatasinya walaupun menghadapi masalah. – AP

    Logo aplikasi TikTok kelihatan di Tokyo. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda