Saturday, April 19, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    TikTok uji ciri ‘Footnotes’

    SAN FRANCISCO, 17 APRIL – TikTok kelmarin berkata ia sedang menguji ciri bagi membolehkan orang ramai menambah Footnotes dengan memberikan konteks bermaklumat kepada video yang mungkin mengelirukan.

    Ciri yang sedang diuji di Amerika Syarikat (AS), di mana aplikasi perkongsian video pendek itu mempunyai kira-kira 170 juta pengguna, kelihatan serupa dengan Community Notes di X, sebelum ini Twitter.

    Tidak seperti X, TikTok akan meneruskan program semakan faktanya sendiri untuk memerangi maklumat yang salah, kata Ketua Operasi, Adam Presser, dalam catatan blog.

    “Footnotes akan menggunakan pengetahuan kolektif komuniti TikTok dengan membenarkan orang ramai menambah maklumat yang relevan pada isi kandungan di platform kami,” kata Presser.

    “Ia akan menambah koleksi ciri kami bagi membantu orang memahami kebolehpercayaan kandungan dan mengakses sumber berwibawa, termasuk label kandungan, iklan carian, program semakan fakta dan banyak lagi,” tambahnya.

    Pengguna dewasa AS yang telah menggunakan TikTok selama lebih daripada enam bulan dan tidak melanggar garis panduan komunitinya telah dijemput untuk memohon untuk menyumbang kepada Footnotes.

    Penyumbang juga akan dapat menilai Footnotes yang ditinggalkan oleh orang lain. – AFP

    Gambar fail meunjukkan logo TikTok semasa Ekspo Rangkaian Bekalan Tekstil dan Pakaian Antarabangsa China di Hangzhou, di wilayah Zhejiang timur China. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda