LOS ANGELES, 10 April 2002 – Tikus mengerumuni dan menggigit berpuluh-puluh mayat yang disimpan di bilik mayat di pejabat koroner Los Angeles, demikian pegawai mendedahkan.
Pejabat koroner berkata, haiwan berkenaan menyerang mayat itu yang disejukkan buat masa yang lama di unit penyimpanan berdekatan pejabat bangunan utama, tetapi pencerobohan tikus itu tidak dapat dikawal.
“Kakitangan kawalan perkhidmatan serangga alam sekitar sudah diberitahu dan memulakan usaha menyelesaikan masalah itu,” kata David Campbell dari pejabat koroner mengenai serangan itu.
“Kesemua 61 mayat sedang disimpan dalam unit penyimpanan dan apabila diselidiki, 12 mayat telah diserang,” katanya dengan menambah bahawa lubang dalam bangunan itu sudah ditutup untuk menghindarkan kemasukan tikus.
Campbell berkata itu adalah pertama kali diketahui tikus memakan mayat di situ, di mana mayat disimpan sejak 1995 dan menambah, kegiatan merobohkan bangunan berdekatan mungkin menyebabkan binatan itu mencari tempat perlindungan baru.
Tetapi Campbell menafikan laporan stesen radio berbahasa Sepanyol yang mendakwa sebahagian mayat diheret tikus.