Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timba ilmu daripada jurugambar terkemuka

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Bank Baiduri telah menganjurkan Masterclass fotografi yang diken-dalikan oleh jurugambar pemenang anugerah landskap panoramik terkemuka, Chris Collacott.

    Beliau telah memimpin projek BN40 yang revolusioner yang mana ia merupakan foto gigapixel pertama Brunei dan merupakan salah satu inisiatif dengan sokongan bank berkenaan.

    Chris telah menghabiskan beratus-ratus jam untuk menangkap koleksi ribuan imej untuk BN40 sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40.

    Manakala pengasas bersama, Keeran Janin yang merupakan seorang usahawan tempatan, akan menggabungkan gambar-gambar Chris menjadi satu imej tunggal yang kemas dan beresolusi ultra tinggi, yang apabila dicetak dalam skala besar akan mengekalkan butiran yang luar biasa tanpa sebarang pikselasi.

    Dalam Masterclass itu, seramai 30 orang jurugambar tempatan tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam kelas tersebut, dan melalui kelas itu, peserta berpeluang belajar tentang amalan fotografi terbaik di samping merancang dan menyelidik serta memahami komposisi, setting kamera dan post-processing.

    Peserta juga diterangkan cara untuk memanfaatkan potensi gambar, sama ada dirakam menggunakan telefon pintar atau kamera digital, dan berkesempatan menghasilkan gambar bangunan Ibu Pejabat Bank Baiduri secara profesional.

    Foto terbaik dari kelas ini yang dinilai oleh Chris, akan dipamerkan semasa Pembukaan BN40 nanti.

    Gambar ramai Chris bersama peserta Masterclass fotografi. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda