Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timba ilmu menerusi program Ta’dil As-Suluk

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Program Ta’dil As-Suluk diteruskan lagi pada tahun ini secara dalam talian dengan melibatkan pelajar-pelajar Sanah 11 dari Mahad Islam Brunei, Tutong, baru-baru ini.

    Program tersebut adalah bagi membahaskan mengenai kesalahan-kesalahan di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 dan bab Dharar Syarie di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam, Penggal 217.

    Pada program berkenaan, Pegawai Perundangan Syariah dari Unit Perundangan Islam, Awang Mohd Haziq bin Mamud dan Pegawai Ugama dari Bahagian Penguatkuasa Ugama, Haji Samry bin Haji Mohd Yaakub menyampaikan taklimat mengenai Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 dan langkah-langkah menangani gejala sosial.

    Turut mengongsikan matlamat program dan tazkirah ringkas ialah Pegawai Pelajaran Ugama dari Bahagian Sekolah-sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam, Awang Zamery bin Haji Nayan.

    Objektif program berkenaan antaranya ialah sebagai langkah untuk menjaga kemaslahatan pelajar dengan mengongsikan hak-hak perlindungan diri bagi mangsa penderaan dan jenayah seksual dalam isu berkaitan keganasan rumah tangga.

    Program tersebut merupakan anjuran Unit Perundangan Islam bersama Bahagian Penguatkuasa Ugama dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda