Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timba ilmu pancing udang galah

    Oleh Raz AS –

    TEMBURONG, 21 OGOS – Haji Masnadi muncul juara Kategori Berat Udang Terkumpul dengan hasil tangkapan seberat 3.04 kilogram (kg), manakala Haji Rizam dan Awang Ash masing-masing memenangi Kategori Jenggo Terberat (350g) dan Kategori Piai Terberat (240g) dalam Pertandingan Memancing Udang Galah Batu Apoi yang diadakan di Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong, kelmarin.

    Sebanyak 38 perahu telah menyertai pertandingan yang diadakan sempena penggal cuti persekolahan itu yang dianjurkan oleh Jenggo Hunter BN dan ditaja oleh Sport Fishing Gear Jerudong, Abit Fishing Adventure, Army Gym, Yellow Fin dan Lauk Fishing Apparel.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah wakil dari Sport Fishing Gear Jerudong, Awang Shahfehie bin Shahbudin.

    Menurut pihak penganjur, antara objektif pertandingan itu adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemancing, di samping para peserta dapat sama-sama berkongsi pandangan dan ilmu pengetahuan memancing udang galah serta bagi memupuk minat para belia terhadap hobi memancing.

    Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang. – Gambar serahan Jenggo Hunter BN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda