Oleh Sim Y.H. – BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Kumpulan seramai 19 pelajar Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) berpeluang untuk mendalami lagi pengetahuan mereka mengenai hidangan makanan Jepun dengan menghadiri bengkel masakan Jepun yang dikendalikan oleh Cef Duta Jepun, Cef Shimizu yang berlangsung di Kediaman Duta Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Jalan Muara, hari ini.

