Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timbalan Mufti bentang kertas kerja seminar di Johor

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin telah bertolak ke Johor, Malaysia, kelmarin, bagi menyertai dan membentang kertas kerja di Seminar Pendidikan Fatwa Serantau anjuran Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    Turut menyertai beliau ke seminar tersebut ialah Pegawai Istinbat Kanan, Haji Muhammad Ahmad Roza bin Haji Daud dan Pegawai Istinbat di Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) , Awang Abdul Hafiy bin Yahya.

    Timbalan Mufti akan membentang kertas kerja yang bertajuk Pegangan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Alam Nusantara: Pengalaman Negara Brunei Darussalam pada seminar yang dijadualkan berlangsung pada 16 Jun.

    Menurut kenyataan JMK, Seminar Pendidikan Fatwa itu merupakan program siri tahunan JAKIM yang dianjurkan bersama Jabatan Mufti Negeri seluruh Malaysia.

    Dato Seri Setia Dr Haji Japar (tengah), Haji Muhammad Ahmad Roza dan Awang Abdul Hafiy sebelum bertolak ke Johor, Malaysia. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MUFTI KERAJAAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda