Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timbalan Mufti hadiri Persidangan Antarabangsa Islam di Australia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin telah bertolak ke Syndey, Australia, baru-baru ini bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Islam anjuran Majlis Tertinggi Islam Australia,
    Darulfatwa.

    Turut mengiringi beliau ke persidangan tersebut ialah Pegawai Istinbat Kanan, Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Awang Mohamad Raimi bin Awang Tengah.

    Persidangan kali ini membawa tajuk ‘Peranan Pendidikan Dalam Membolehkan Keluarga Komuniti Islam Menjaga Kanak-Kanak dan Remaja dalam Komuniti Mereka’.

    Ianya juga diselajurkan dengan sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW.

    Darulfatwa adalah pihak berkuasa Islam tertinggi di Australia yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan masyarakat Muslim Australia yang semakin meningkat.

    Darulfatwa bertujuan untuk membawa umat Islam Australia bersama-sama untuk secara positif membangun dan meningkatkan peranan setiap ahli masyarakat Islam.

    Dato Seri Setia Dr Haji Japar dan Haji Awang Mohamad Raimi yang menghadiri Persidangan Antarabangsa Islam di Australia. – Gambar daripada Jabatan Mufti Kerajaan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda