BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Timbalan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin hari ini berlepas ke Kaherah, Republik Arab Mesir bagi menghadiri Persidangan Am Majlis Tertinggi Hal Ehwal Ugama Islam ke-27 atas jemputan Menteri Awqaf Republik Arab Mesir, Profesor Dr. Mohamed Moktar Gomaa.
Persidangan yang bermula 11 hingga 12 Mac di Hotel Grand Nile Tower, Garden City, Kaherah itu akan membincangkan tema ‘Peranan Para Pemimpin dan Pembuat Keputusan dalam Menyalurkan Budaya Keamanan dan Memerangi Keganasan serta Lain-lain Cabaran.’
Turut menghadiri persidangan anjuran Majlis Tertinggi Hal Ehwal Ugama Islam, Kementerian Awqaf, Mesir itu ialah Pegawai Istinbat Kanan Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Abdul Rahman bin Pengarah Haji Mokti.
