Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timbalan Mufti Kerajaan bertolak ke Johor hadiri PEMIKIR 3

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin hari ini bertolak ke Johor, Malaysia bagi menghadiri dan seterusnya menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pemikiran Islam Ketiga (PEMIKIR 3) 2023 yang akan bermula 26 Julai ini.

    Turut mengiringi beliau ke persidangan tersebut ialah Penolong Ketua Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Awang Mohamad Raimi bin Awang Tengah.

    Persidangan tersebut dikelolakan oleh Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

    PEMIKIR 3 akan berlangsung dua hari hingga 27 Julai ini di UTHM, Johor, Malaysia.

    Ia akan membincangkan isu, cabaran dan masa depan berkaitan dengan pemikiran yang selari dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    PEMIKIR memberi tumpuan kepada soal kesejahteraan ummah melalui gabungan pemikiran Islam.

    Tema persidangan kali ini ialah ‘Memperkukuhkan Kesejahteraan Ummah Berlandaskan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah’.

    Dato Seri Setia Dr Haji Japar bersama penolong ketua istinbat sebelum berlepas ke Johor. – Gambar serahan Jabatan Mufti Kerajaan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda