Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timbalan Mufti Kerajaan hadiri persidangan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin telah bertolak ke Jakarta, Republik Indonesia hari ini, untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Tahunan mengenai Pengajian Fatwa MUI ke-8 yang dianjurkan oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) bersempena dengan ulang tahun penubuhan MUI.

    Kehadiran Dato Seri Setia Dr Haji Japar ke persidangan itu sebagai wakil kepada Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Turut mengiringi beliau ialah Pegawai Istinbat Kanan di Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Muhammad Ahmad Roza bin Haji Daud.

    Acara tahunan ini dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula pada 26 sehingga 28 Julai di Hotel Aryaduta, Jakarta, Republik Indonesia.

    Tema persidangan kali ini ialah Peranan Fatwa Dalam Mewujudkan Kemaslahatan Bangsa dan antara lain tujuan persidangan adalah bagi menghimpunkan ulama, cendekiawan, ahli akademik dan pengkaji untuk menginspirasi.

    Di samping mendorong dan bersama-sama berfikir secara serius dalam membahas peranan, kedudukan dan khidmat bakti kepada rakyat dan negara yang dibangunkan oleh MUI agar MUI dapat memberikan manfaat yang lebih besar dalam mewujudkan masyarakat Indonesia yang beragama Mutadayyin dan beradab Mutamaddin.

    Dato Seri Setia Dr Haji Japar bergambar bersama Haji Muhammad Ahmad Roza sebelum berlepas menghadiri persidangan di Jakarta, Republik Indonesia. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MUFTI KERAJAAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda