BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dan isteri, Chew Poh Yim serta rombongan tiba di Negara Brunei Darussalam malam ini bagi lawatan kerja selama tiga hari bermula 3 sehingga 5 November.
Hadir bagi mengalu-alukan ketibaan Tuan Yang Terutama ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah dan pengiran datin serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud dan datin.
Mengiringi Tuan Yang Terutama ialah Menteri Pendidikan dan Pengangkutan Kedua,TYT Ng Chee Meng; Menteri Pendidikan dan Pertahanan Kedua, TYT Ong Ye Kung; Menteri Kanan bagi Perdagangan dan Industri dan Menteri Kanan Negara bagi Pembangunan Negara, TYT Dr Koh Poh Koon dan Setiausaha Parlimen Kanan bagi Pendidikan dan Setiausaha Parlimen Kanan bagi Pembangunan Sosial dan Keluarga, Prof Madya Muhammad Faishal Ibrahim.
TYT Teo Chee Hean dan isteri serta rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan kerja Program Pemimpin Muda Singapura yang akan diadakan di negara ini.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/P2-3-K_031117.jpg)