Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timbalan Pesuruhjaya Polis baharu dilantik

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris telah diperkenankan untuk dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), berkuat kuasa mulai 12 Jun 2025.

    Sehubungan dengan itu, Majlis Lantikan dan Pemakaian Pangkat telah diadakan kelmarin bertempat di Dewan Bankuet Mess, Kompleks Ibu Pejabat PPDB, Gadong.

    Majlis berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, bagi menyaksikan lantikan pangkat anakanda.

    Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. Turut berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bersama Yang Amat Mulia, Dayang Nur Akmalia binti Lt Kol (B) Awang Iskandar. – Gambar oleh PPDB

    Turut berangkat, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar. Hadir sama, isteri Yang Amat Mulia, Dayang Nur Akmalia binti Lt Kol (B) Awang Iskandar.

    Majlis lantikan disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin, dengan menyempurnakan penyampaian surat lantikan dan pemakaian pangkat kepada pegawai yang diraikan.

    Turut hadir, isteri Pesuruhjaya Polis PPDB, Datin Sabrina binti Abdullah, serta pegawai-pegawai kanan PPDB.

    Majlis turut diserikan dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO S/Sgt 6472 Muhd Yusri bin Haji Abu Bakar.

    Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai serta jamuan ringan bagi meraikan pelantikan rasmi tersebut.

    Dato Seri Pahlawan Sulaiman ketika menyempurnakan penyampaian surat lantikan dan pemakaian pangkat kepada Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah. – Gambar oleh PPDB
    Dato Seri Pahlawan Sulaiman ketika menyempurnakan penyampaian surat lantikan dan pemakaian pangkat kepada Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah. – Gambar oleh PPDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda