KATHMANDU, 27 JAN – Mahkamah tertinggi Nepal hari ini membatalkan jawatan Rabi Lamichhane sebagai timbalan perdana menteri kerana gagal mendapatkan semula kewarganegaraan di republik Himalaya itu.
Lamichhane, 48, terkenal dengan kerjayanya sebagai pengacara televisyen, menjadikan namanya sebagai pejuang anti rasuah melalui temu bual agresif dengan pegawai awam.
Beliau adalah antara pemenang terbesar dalam pilihan raya November lalu, memastikan parti baharunya mendapat tempat dalam gabungan pemerintah dan dirinya sebagai timbalan perdana menteri.
Tetapi jurucakap Mahkamah Agung Bimal Poudel memberitahu AFP bahawa Lamichhane tidak layak untuk mengekalkan jawatannya selepas tidak mengikut proses yang sewajarnya apabila dia menukar kewarganegaraannya pada 2018. – AFP