Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timbalan PM UK letak jawatan

    LONDON, 21 APRIL – Timbalan Perdana Menteri UK, Dominic Raab mengumumkan peletakan jawatannya hari ini selepas dakwaan buli terhadapnya disahkan dalam satu laporan, satu kejutan politik baharu bagi Konservatif Britain.

    Peletakan jawatan Raab menimbulkan masalah kepada Perdana Menteri UK, Rishi Sunak kira-kira dua minggu sebelum pilihan raya tempatan di mana Konservatif dijangka kehilangan kerusi.

    Beliau juga sedang bergelut untuk bangkit daripada kekalahan kepada parti pembangkang utama Buruh sebelum pilihan raya umum tahun depan.

    Raab, yang mewakili bekas perdana menteri, Boris Johnson ketika memerangi COVID pada 2020, telah berjanji akan berhenti jika sebarang dakwaan terhadapnya disahkan.

    Namun walaupun beliau dibebaskan daripada kebanyakan dakwaan, beliau mengecam kesimpulan siasatan yang diketuai peguam.

    “Walaupun saya berasa bertanggungjawab untuk menerima keputusan siasatan itu, ia menolak semua, kecuali dua dakwaan yang dilemparkan terhadap saya,” tulisnya dalam surat peletakan jawatan.

    Standard yang ditetapkan untuk buli adalah amat rendah sehingga “ia akan menggalakkan aduan yang tidak berasas terhadap menteri dan mempunyai kesan teruk kepada me-reka yang mendorong perubahan”. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda