Timbang penyatuan untuk perkukuh industri pembinaan kapal

LONDON, 8 DIS – Syarikat pembuatan kapal tempatan boleh menimbang penggabungan  bagi mencapai skala ekonomi yang lebih baik di tengah-tengah persekitaran yang mencabar, yang mendorong penggabungan mega dan pakatan antara kuasa besar dalam sektor itu di seluruh dunia, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

“Pemain domestik wajar mengambil petunjuk daripada trend yang lebih besar di peringkat global.”

Bagaimanapun, langkah itu  mestilah merupakan keputusan industri dan bukan kerajaan, katanya.

“Penggabungan dan pengambilalihan sepatutnya berlaku secara semula jadi, kami (kerajaan) tidak mengambil tindakan atau keputusan untuk memaksanya.

“Kami mengambil pendekatan secara manual,” katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

Loke percaya bahawa pemain industri cukup bijak, terutama dalam mempertimbangkan aspek komersil dalam membuat keputusan sedemikian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perjanjian yang ditandatangani antara Perbadanan Labuan dan anak syarikat Nam Cheong Ltd, Nam Cheong Dockyard yang berpusat di Kuala Lumpur yang akan memindahkan kegiatan fabrikasi dan pembinaan bangunan sedia ada di Batam, Indonesia dan China ke Labuan mulai 1 Januari depan.

Beliau berkata Malaysia sebagai ekonomi terbuka mengalu-alukan pelaburan asing.
Dari perspektif Malaysia, kerajaan dan industri perlu memastikan syarikat terus kompettif.
“Anda harus menerima hakikat bahawa akan ada persaingan di pasaran. Kita tidak boleh melarikan diri daripadanya.

Sudah ada dasar yang ditetapkan untuk melindungi kepentingan tempatan dan dari segi pegangan kepentingan, pelesenan, yang saya yakini cukup untuk menjaga dari segi kelangsungan hidup syarikat,” katanya. – Bernama