Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timmy wakil tunggal Malaysia

    KUALA LUMPUR, 22 NOV – Atlet boling lelaki Malaysia, Timmy Tan merupakan satu-satunya wakil Malaysia ke separuh akhir acara individu Kejohanan Boling Piala Dunia IBF 2022 di Australia, kelmarin.

    Pada pertembungan suku akhir di Suncity Bowl di Queensland itu, Timmy menafikan kebangkitan bekas juara dunia 2018 yang juga rakan senegara, Muhammad Rafiq Ismail dengan mencatatkan keputusan 2-1. 

    Timmy mendahului apabila melakukan 223 jatuhan pin berbanding Muhammad Rafiq, 196 pin, pada pusingan pertama.

    Namun, Muhammad Rafiq kemudian bangkit menyamakan kedudukan dengan memenangi perlawanan kedua berbekalkan 226 jatuhan pin berbanding Timmy, 187 pin.

    Timmy, selaku juara Sukan SEA 2019, Filipina serta Kejohanan Boling Asia 2019, Kuwait, membuktikan beliau berada di kelas tersendiri selepas melakukan 216 jatuhan pin meninggalkan Muhammad Rafiq dengan 197 pin, sekali gus mara ke saingan separuh akhir.

    Keputusan itu menyaksikan Timmy dijadual bertemu pemain Jerman, Paul Purps di separuh akhir.

    Purps mengejutkan seorang lagi wakil Malaysia yang juga juara Piala Dunia 2012, Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malek, yang tewas dengan keputusan 0-2 (185-217, 193-234).  Bagi acara individu wanita, wakil Malaysia, Natasha Roslan gagal melangkah ke separuh akhir selepas tewas di tangan Birgit Noreiks dari Jerman 0-2 (185-217, 193-234). – Bernama

    Timmy bakal bertemu pemain Jerman, Paul Purps untuk aksi separuh akhir. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda