Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timo Werner kekal di Tottenham hingga musim depan

    LONDON, 29 MEI – Penyerang Jerman, Timo Werner akan kekal dipinjamkan ke Tottenham Hotspur dari Leipzig sepanjang musim depan.

    Spurs mengumumkan perjanjian itu kelmarin dan berkata pasukan mempunyai pilihan untuk menandatangani Werner secara tetap.

    Werner yang berusia 28 tahun menghabiskan separuh masa kedua musim baru-baru ini dengan dipinjamkan ke Tottenham, menjadi pemain utama dan menjaringkan dua gol dalam 13 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris.

    Kecederaan hamstring memaksanya keluar daripada beberapa perlawanan terakhir Tottenham ketika pasukan itu menamatkan saingan di tempat kelima untuk layak ke Liga Europa.

    Werner, yang bermain di Chelsea dari 2020-22, tidak termasuk dalam skuad Jerman untuk Kejohanan Eropah. – AP

    Timo Werner (gambar) akan kekal dipinjamkan ke Tottenham dari Leipzig sepanjang musim depan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda