SYDNEY, 24 Jan – Australia dan Timor Leste sedang menyasarkan tarikh September untuk bersetuju dengan sempadan laut baru selepas membatalkan perjanjian laut yang dipertikaikan yang memintas padang minyak dan gas, kata kedua-dua pihak hari ini.
Dili dan Canberra telah terbabit dalam perbalahan mengenai isu tersebut selama satu dekad dan pada tahun lalu mengadu kepada Mahkamah Tetap Penimbang Tara di The Hague.
Timor Leste mengumumkan pada bulan ini ia telah menghubungi negara jiran selatan bahawa Pengaturan Laut Tertentu dalam perjanjian Laut Timor (CMATS), yang memperuntukkan pendapatan masa depan daripada simpanan minyak dan gas di kawasan itu, akan berhenti berkuat kuasa mulai 10 April.
Kedua-dua pihak dan mahkamah mengeluarkan satu kenyataan bersama pada hari ini yang menyatakan “komitmen mereka untuk bekerjasama secara jujur untuk mencapai satu perjanjian mengenai sempadan laut pada akhir proses perdamaian pada September 2017.
“Suruhanjaya perdamaian berhasrat melakukan sedaya upaya untuk membantu Parti mencapai satu perjanjian yang dapat dilaksanakan oleh kedua-dua pihak,” katanya. – AFP