Thursday, February 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timor-Leste buka penerbangan ke China

    DILI, 17 FEB – Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste, Bendito Freitas, menyifatkan pembukaan penerbangan terus antara negara itu dengan China sebagai amat signifikan.

    Beliau berkata demikian berikutan penerbangan terus dari Dili ke Xiamen, China dilancarkan pada 14 dan 15 Februari lepas.

    Bendito Freitas berharap lebih ramai pelabur dan pelancong China melawat ke Timor-Leste, manakala lebih ramai rakyat negara itu dapat ke China untuk belajar dan mengenali masyarakat, budaya dan sejarah negara Tembok Besar.

    Sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 2002, hubungan dua hala antara Timor-Leste dengan China berkembang baik. China menghulurkan banyak bantuan dan sokongan kepada Timor-Leste melibatkan pelbagai bidang.

    “Dalam aspek kerjasama ekonomi, China menyediakan sokongan komprehensif kepada Timor-Leste dalam bidang pertanian, sains dan teknologi, serta pembinaan prasarana.

    “Dalam aspek bantuan kemanusiaan pula, China menghulurkan banyak bantuan kepada Timor-Leste semasa pandemik COVID-19. Bagi aspek hubungan luar, suara China di pentas dunia menyediakan sokongan kukuh kepada Timor-Leste,” kata beliau.

    Bendito pernah menyandang jawatan duta besar ke China pada 2016 hingga 2020. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda