Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Timor-Leste mungkin menyertai ASEAN sebagai anggota ke-11

    KUALA LUMPUR, 24 FEB – Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur, Oktober ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

    Beliau berkata bagi mempercepatkan proses kemasukan Timor-Leste sebagai anggota tetap ASEAN satu unit khas ditubuhkan di sekretariat ASEAN di Jakarta.

    Pada 6 Februari, Mohamad menyatakan Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste untuk membantu dan memudahkan proses pelaksanaan Pelan Hala Tuju Keanggotaan Penuh Timor-Leste ke ASEAN.

    Katanya terdapat 88 Instrumen Undang-Undang yang perlu dipatuhi Timor-Leste untuk diterima menjadi anggota tetap ASEAN, dan daripada jumlah itu 69 merupakan tonggak ekonomi.

    “Saya telah minta untuk sektor ekonomi di bawah (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, melihat semula sama ada keperluan-keperluan instrumen yang perlu mereka patuhi itu masih lagi terpakai atau tidak.

    “Banyak yang sudah tidak lagi relevan. Jadi sedang dirundingkan supaya membuang sahaja instrumen-instrumen itu sebagai tidak perlu ditangani oleh pihak Timor-Leste,” katanya kepada pemberita pada sesi Santai Teh Tarik Concorde Club di sini hari ini. Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Wong Chun Wai.

    Menurut Mohamad telah ada persetujuan secara dasar jika diterima, Timor-Leste tidak dapat mematuhi kesemua instrumen ini.

    “Jadi dalam masa terdekat ialah memberikan Timor-Leste memenuhi 30 peratus (instrumen) terlebih dahulu dan memberikan mereka masa tiga, empat atau lima tahun setelah mereka menjadi ahli tetap ASEAN untuk perlahan-lahan, beransur-ansur mematuhi dan menandatangani instrumen-instrumen yang perlu ditandatangani. – Bernama

    Logo sempena Kepengerusian ASEAN – MALAYSIA 2025 di Pusat Konvensyen Desaru Coast pada 24 Februari 2025. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Reliance India hentikan import minyak mentah Rusia

    NEW DELHI, 21 NOV - Reliance Industries India kelmarin...

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    SINGAPURA, 21 NOV - Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya...

    Pertumbuhan S’pura diramal melonjak sebab AI

    SINGAPURA, 21 NOV – Ekonomi Singapura diramalkan bertumbuh untuk...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...