Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timur Australia bersedia hadapi gelombang haba

    SYDNEY, 15 DIS – Negeri Australia, New South Wales (NSW) bersiap sedia menghadapi cuaca seperti musim panas, ketika suhu diramal mencecah 40 darjah Celsius di beberapa bahagian wilayah, hari ini.

    Disebabkan kejadian La Nina, pantai timur Australia mengalami musim panas atipikal dengan hujan lebat, ribut dan banjir di beberapa bahagian pendalaman.

    Cuaca kering dan panas digabungkan dengan angin kuat menyebabkan Biro Metrologi (BoM) untuk mengeluarkan amaran kebakaran di NSW hari ini.

    Ahli peramal BoM, David Wilkie berkata peningkatan suhu besar kemungkinan akan terus meningkat sebelum mencapai kemuncak pada hujung minggu.

    “Apabila cuaca bergerak pada Sabtu, ia akan membawa gelombang haba di seluruh negeri…Terdapat juga risiko kita akan menyaksikan peningkatan api berbahaya,” kata Wilkie hari ini.- Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda