MOSCOW, 30 Mac – Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov semalam berkata pasukan Syria telah ‘hampir menghapuskan pengganas-pengganas’ di enklaf yang dikuasai pemberontak di Timur Ghouta.
Dibantu oleh tentera Rusia sejak 2015, rejim Syria pada Februari lalu telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas para pemberontak di pinggir bandar Damsyik,yang mengorbankan lebih 1,600 orang awam.
“Hasil dari operasi antipengganasan di Timur Ghouta, anasir-anasir pengganas telah hampir dihapuskan di pinggir bandar di ibu negera Syria,” Lavrov berkata pada sidang media di Moscow selepas mengatakan pertemuan dengan utusan Syria PBB Staffan de Mistura.
“Kehidupan awam akan ditubuhkan di sana,” kata Lavrov, dengan menambah kata ‘majoriti pemberontak telah berundur.”
Pasukan Syria telah menawan semula lebih 90 peratus Ghouta, dan sedang melemahkan kawasan-kawasan terakhir pihak penentang dengan pengunduran yang dirundingkan dengan Rusia menjadi pihak pengantaranya.

Moscow telah pun memeterai dua perjanjian seumpamanya dan menggesa Jaish al-Islam, sebuah kumpulan pemberontak yang mengawal sepertiga dan bahagian akhir enklaf dekat Damsyik, untuk berundur juga.
Timbalan menteri luar Rusia Mikhail Bogdanov semalam berkata rundingan dengan Jaish al-Islam masih diteruskan.
“Wujud hubungan kumpulan kerja. Mereka menghubungi kami, mereka menulis surat, mereka bercakap di telefon dan kami mengadakan pertemuan, dia dipetik sebagai berkata oleh agensi Ria Novosti.
“Wujud beberapa peluang bahawa rundingan boleh ada perkembangan,” tambahnya.
De Mistura juga mengadakan pertemuan dengan Sergei Choigu yang mengatakan dalam tempoh beberapa hari akan datang ‘kami akan mula membawa orang ramai kembali ke rumah mereka di Timur Ghouta dan mereka akan memulakan kehidupan biasa.”
Dia menambah kata ‘lebih 130,000 orang pelarian dan lebih 11,000 orang bersenjata ‘telah lari ke Ghouta melalui koridor kemanusiaan. – AFP