Tuesday, February 4, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tindakan Israel di Tebing Barat adalah jenayah: Pelapor Khas PBB

    NEW YORK, 3 FEB – Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Palestin Francesca Albanese, menyifatkan tindakan Israel di Tebing Barat sebagai jenayah, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin, WAFA.

    “Niat genosid jelas dalam cara Israel menyasarkan keseluruhan rakyat Palestin,” katanya dalam satu hantaran di platform X.

    Beliau menegaskan bahawa amaran mengenai perkara ini telah dikemukakan kepada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dalam laporan terakhirnya pada Oktober 2024.

    Menurutnya, niat genosid itu dapat dilihat dalam tindakan Israel yang menyasarkan seluruh rakyat Palestin dan keseluruhan wilayah Palestin yang diduduki, yang didakwa Israel secara eksklusif ditetapkan untuk penentuan nasib sendiri Yahudi.

    Albanese turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk campur tangan bagi menghentikan kemusnahan berterusan, yang kini meliputi semua wilayah yang diduduki, bukan hanya Gaza.

    “Sudah terlalu lewat untuk berdiam diri. Kita perlu bertindak segera bagi menghentikannya,” katanya. – Bernama

    Francesca Albanese semasa mengadakan sidang media di Geneva pada 11 Disember 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda