Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Tindakan Israel ketika pengebumian wartawan Al-Jazeera ‘mengejutkan’

    GENEVA, 15 MEI – Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu melahirkan rasa terkejut dengan tindakan kekerasan pihak berkuasa Israel ketika upacara pengebumian wartawan Palestin Shireen Abu Akleh, sambil menggesa siasatan segera dan telus dibuat terhadap pembunuhan itu, lapor Agensi Anadolu.

    “Saya mengikuti perkembangan situasi di Tebing Barat yang diduduki, termasuk di Baitulmaqdis Timur,” kata Michelle Bachelet dalam satu kenyataan.

    “Rakaman memaparkan polis Israel menyerang orang yang berkabung ketika pengebumian wartawan Shireen Abu Akleh di Baitulmaqdis Timur sangat mengejutkan. Laporan menunjukkan sekurang-kurangnya 33 orang cedera.

    Beribu-ribu rakyat Palestin pada Jumaat menyertai upacara pengebumian wartawan veteran Al Jazeera di Baitulmaqdis Timur.

    Bachelet juga berkata penggunaan kekerasan Israel, dirakam dan disiarkan secara langsung, mesti disiasat dengan segera dan telus.

    Ketua hak asasi PBB itu berkata perlu ada pihak bertanggungjawab ‘terhadap pembunuhan yang mengerikan bukan sahaja terhadap Abu Akleh tetapi semua pembunuhan dan kecederaan serius di wilayah Palestin yang diduduki.’ – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...