Saturday, February 8, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Tindakan itu tidak boleh diterima’

    LONDON, 3 OGOS – Erik ten Hag berkata tindakan Cristiano Ronaldo dan pemain-pemain lainnya meninggalkan Old Trafford sebelum berakhir perlawanan persahabatan menentang Rayo Vallecano Ahad lalu sebagai ‘tidak boleh diterima’.

    United mengakhiri persediaan pra musim menentang pasukan dari Sepanyol.

    United terikat seri 1-1 bertemu Rayo di Old Trafford ketika pemain bintang Ronaldo membuat penampilan pertama pra musim, bermain 45 minit pertama.

    Pemain berusia 37 tahun itu terlepas jelajah pra musim ke Thailand dan Australia disebabkan oleh masalah keluarga, dan pemain yang ingin meninggalkan kelab itu dilihat bersama-sama Diogo Dalot meninggalkan perlawanan sebelum perlawanan berakhir.

    “Adalah lagi pemain (selain Ronaldo) yang terus pulang,” kata ketua jurulatih United itu.

    “Tindakan ini tidak boleh diterima bagi sesiapa sahaja,” katanya. “Saya memberitahu mereka bahawa ia tidak boleh diterima, kerana kita adalah sebuah pasukan, skuad dan kita mesti tunggu hingga perlawanan tamat.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda