Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tindakan Johnson cetus marah

    LONDON, 28 OGOS – Perdana Menteri British, Boris Johnson hari ini mengumumkan bahawa parlimen akan digantung sehingga 14 Oktober, hanya dua minggu sebelum United Kingdom (UK) meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), mencetuskan kemarahan ahli Parlimen anti-Brexit.

    Pound merosot mendadak selepas menerima berita tersebut, yang mana pengumuman itu dianggap sebagai ‘rampasan kuasa’ dan satu ‘pengisytiharan perang’.

    Tindakan kerajaan itu akan memberikan penggubal undang-undang EU masa yang singkat berbanding yang mereka jangka dalam usahanya menentang pelan Brexit Johnson sebelum tarikh perpisahan dengan EU pada 31 Oktober.

    Johnson berkata bahawa dia telah meminta kebenaran daripada Ratu Elizabeth II, ketua negeri, untuk memulakan semula parlimen dengan satu ucapan pada 14 Oktober.

    Ahli parlimen anti-Brexit memberikan tindak balas marah, menggelar Johnson, yang hanya memasuki pejabat bulan lepas sebagai ketua parti pentadbir iaitu Parti Konservatif, sebagai diktaktor.

    John Bercow, speaker bagi parlimen rendah, menggambarkan tindakan itu sebagai ‘kezaliman perlembagaan’.

    Johnson dijangka menghadiri satu sidang terakhir EU pada 17 dan 18 Oktober, yang mungkin memutuskan sama ada Britain meninggalkan blok selepas empat dekad dengan adanya perjanjian perpisahan atau tiada perjanjian perpisahan.

    Sementara itu Johnson berkata ia adalah ‘tidak benar’ tindakan menggantungkan parlimen itu dibuat untuk menyekat ahli parlimen daripada menyukarkan pelan Brexitnya.

    Sebaliknya dia berkata, ia adalah untuk mengemukakan agenda perundangan domestik yang baharu dan bercita-cita tinggi bagi pembaharuan negara tersebut selepas Brexit. – AFP

    Boris Johnson ketika berucap pada sidang media terakhirnya di Perancis. Johnson mengumumkan bahawa parlimen akan digantung sehingga 14 Oktober. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda