Tuesday, July 22, 2025
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tindakan kecemasan banjir Tahap IV di Fujian diaktifkan

    FUZHOU, 21 JULAI – Wilayah Fujian di timur China mengaktifkan tindak balas kecemasan banjir Tahap IV pada 8 pagi tadi ketika Taufan Wipha semakin menghampiri, menurut ibu pejabat kawalan banjir dan bantuan kemarau wilayah itu, lapor Xinhua.

    Di bawah pengaruh pusaran luar Taufan Wipha, iaitu taufan keenam tahun ini, kawasan pantai Fujian telah mengalami hujan lebat hingga sangat lebat sejak kelmarin.

    Menurut pihak berkuasa cuaca, beberapa kawasan di wilayah berkenaan dijangka terus menerima hujan lebat dalam tempoh tiga hari akan datang.

    Ibu pejabat itu menggesa semua pihak meningkatkan tahap kewaspadaan terhadap cuaca buruk.

    Semua kawasan dan jabatan berkaitan dikehendaki mengaktifkan atau menyesuaikan langkah tindak balas kecemasan secara segera sambil mempertingkat pemantauan, amaran awal dan konsultasi bersama bagi penilaian risiko.

    Mereka turut diarahkan untuk merancang dan melaksanakan langkah pencegahan serta tindak balas secara menyeluruh terhadap bencana hujan lebat dan ancaman sekunder seperti banjir kilat di kawasan pergunungan, banjir sungai kecil dan sederhana, kejadian geologi serta limpahan air bandar. – Bernama

    Para pekerja mengalihkan perancah yang runtuh akibat angin kencang dan hujan lebat di Hong Kong pada 20 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda