Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tindakan pantas pekerja kedai dihargai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Tindakan pantas seorang pekerja kedai telah berjaya memadamkan kebakaran yang melibatkan peralatan elektrik di kedai berkenaan di mana tindakannya itu mendapat pujian serta penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

    Sehubungan itu, Cawangan Operasi ‘G’ JBP telah menyampaikan Sijil Masyarakat Berjasa kepada pekerja kedai berkenaan, Haja Maydeen Mohamed Thajudeen, yang berjaya memadamkan kebakaran melibatkan sebuah peti sejuk kepunyaan kedai berkenaan pada 29 September lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, sijil telah disampaikan oleh Pegawai Operasi di Cawangan Operasi G, SSFR Mohammad Zyakwan bin Awang Idris pada majlis yang berlangsung di Pasar Raya Ya-Nur, Kampung Kapok, kelmarin.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Stesen Komander Balai Bomba Bangar, SO Ishraqi bin Haji Sidup dan Pegawai Staf Cawangan Operasi G, SO Jamaludin bin Ahmad.

    SSFR Mohammad Zyakwan (dua kanan) bergambar bersama Haja Mydeen Mohamed Thajudeen (tiga kiri) yang menerima Sijil Masyarakat Berjasa pada majlis yang berlangsung di Pasar Raya Ya-Nur, Kampung Kapok pada 19 Oktober lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda