Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tindakan tegas di tempat bukan letak kereta

    Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas penganjuran Pesta Pengguna ke-28 yang cukup meriah di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas baru-baru ini.

    Dengan adanya pesta tersebut, ia bukan saja mendorong penduduk di sini untuk berbelanja di dalam negara tetapi dapat menjadi platform dalam mempromosikan perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

    Disebabkan sambutannya yang cukup meriah, kesesakan lalu lintas juga berlaku dan lebih hebat daripada sebelumnya.

    Saya sendiri terkandas untuk mencari tempat parkir kosong yang sesuai dan dekat dengan perkhidmatan bas ulang-alik yang membawa penumpang ke ICC.

    Namun apa yang mendukacitakan kesesakan berpunca daripada sesetengah pihak yang meletakkan kenderaan mereka di laluan awam dan tempat yang tidak dibenarkan sekali gus menghalang kelancaran laluan kenderaan lain di kawasan berkenaan.

    Gambar Freepik

    Bukan itu sahaja, kawasan berumput juga menjadi mangsa tempat orang ramai meletakkan kereta mereka.

    Dari rumput di pinggir jalan hingga tengah-tengah jalan raya, para pemandu kitani begitu ‘kreatif’ hinggakan mampu menggubah landskap berumput menjadi tempat deretan letak kereta.

    Pemandangan ini bukan sahaja mencacatkan keindahan persekitaran, tetapi juga membahayakan keselamatan pengguna jalan yang lain.

    Sehubungan itu, saya menyeru pihak yang berkenaan untuk menjalankan pemantauan dan mengambil langkah-langkah tegas terhadap mereka yang merosakkan keindahan alam sekitar dan parkir secara sembarangan.

    Saya juga mencadangkan untuk acara seterusnya, tempat-tempat checkpoint bas juga perlu diperluaskan hingga ke stadium terbuka atau di lokasi lebih strategik bagi memudahkan dan melancarkan lagi perjalanan orang ramai datang dan balik.

    SafePark

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...