Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Tindakan tegas diperlukan terhadap pemandu bas awam

    Tularnya video dua buah bas awam dipandu secara melulu dan melebihi had laju di Brunei baru-baru ini amat memalukan, apatah lagi apabila diketahui pemandunya adalah warga asing.

    Bas tersebut pula sarat dengan penumpang berbilang kaum yang meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap keselamatan dalam sistem pengangkutan awam kita.

    Wajar ditegaskan, membawa kenderaan awam bukan sekadar soal mahir memandu, tetapi amanah menjaga nyawa.

    Jika warga asing diberi tanggungjawab itu, sewajarnya saringan latar belakang dan tahap disiplin dilakukan dengan teliti, bukan sekadar mengisi kekosongan kerja.

    Kecuaian seperti itu bukan sahaja mencemarkan imej perkhidmatan pengangkutan awam negara, malah berpotensi mencetuskan tragedi yang boleh dielakkan. Pihak yang bertanggungjawab serta syarikat pengendali bas perlu segera mengambil tindakan tegas, termasuk penggantungan lesen pemandu yang cuai.

    Sebagai cadangan, pemasangan sistem pemantauan kelajuan masa nyata serta rakaman dalam kabin harus diwajibkan. Di samping itu, audit berkala terhadap prestasi pemandu juga tidak boleh dipandang enteng.

    Akhir sekali, tindakan penggantungan lesen pemandu yang cuai dan tidak berdisiplin perlu dilaksanakan dengan segera sebagai pengajaran kepada semua pihak, demi menjaga keselamatan awam. Semua itu adalah antara cadangan untuk mengelakkan tragedi yang tidak diingini dan menjaga kepercayaan masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam negara.

    Jay Jack

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Kes pecah rumah: Mahkamah kurangkan hukuman penjara

    Oleh Daniel Lim -  BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV -...

    Keputusan TPK siri BBL diumum hari ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Orang ramai dimaklumkan...

    Brunei gagal kecewakan Lubnan

    Oleh James Kon -  BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...