Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tindakan tegas, proaktif cepatkan pembinaan menara telekomunikasi

    KOTA KINABALU, 17 MEI – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengambil tindakan proaktif serta melaksanakan langkah-langkah intervensi dalam menyelesaikan permasalahan bagi menyegerakan pembinaan menara telekomunikasi di Sabah.

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan MCMC dan syarikat terbabit berikutan kemajuan pembinaan hampir 400 menara telekomunikasi di bawah Fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah adalah perlahan.

    Beliau berkata kemajuan pembinaan kini di tahap 25 peratus dan pada pertemuan itu, beberapa masalah telah dikenal pasti antaranya membabitkan pejabat tanah serta syarikat telekomunikasi yang sepatutnya menerima serahan menara terbabit.

    “Ada langkah berbeza kita ambil untuk memastikan penyelesaian tuntas diperoleh dalam masa terdekat.

    Saya akan kembali ke Sabah pada 30 Mei ini sempena Pesta Kaamatan dan komitmen syarikat menyiapkan hampir 30 menara setiap bulan, kita jejaki pastikan garis masa dipatuhi dan masalah yang dihadapi ditangani serta-merta,” katanya.

    Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sembang santai bersama Komuniti MADANI hari ini.

    Beliau juga menyarankan ahli Komuniti MADANI menggunakan aplikasi telefon pintar SpeedTest untuk memantau kualiti Internet di kawasan masing-masing.

    Fahmi berkata melalui SpeedTest, ahli komuniti boleh melakukan saringan terhadap Internet dan melaporkan secara terus kepada MCMC jika menemukan kawasan yang mempunyai kualiti Internet rendah. – Bernama

    Fahmi Fadzil berucap pada majlis Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinfomasi Sedunia 2024 di IMAGO, Kota Kinabalu kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...