Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tindakan undang-undang terhadap aktiviti perubahan iklim meningkat

    PARIS, 25 JUN – Usaha undang-undang untuk menyekat atau mengenakan tindakan terhadap aktiviti yang mengancam perubahan iklim semakin meningkat di seluruh dunia, mengikut laporan kajian baharu hari ini.

    Trend ini dijangka meningkat di Amerika Syarikat (AS) terutamanya apabila Rumah Putih  mula mengambil ‘pendirian yang semakin tegas’ terhadap peraturan alam sekitar, kata pengarang kajian.

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, kebanyakan kes baharu pada 2024 difailkan oleh pertubuhan bukan kerajaan atau individu menggunakan dakwaan seperti menentang projek bahan api fosil.

    Tetapi, “semakin banyak jenis dakwaan atau litigasi yang digunakan bukan sahaja untuk memajukan matlamat iklim tetapi juga untuk menentang atau membentuk semula aktiviti berkaitan”, menurut laporan oleh Institut Penyelidikan Grantham di London School of Economics.

    Enam puluh daripada 226 kes yang difailkan pada 2024 atau kira-kira 27 peratus, melibatkan hujah yang tidak sejajar dengan matlamat iklim, kata profesor bersekutu Joana Setzer, salah seorang pengarang.

    Ini menunjukkan peningkatan pada 2023, apabila kira-kira satu daripada lima termasuk dalam kategori ini, katanya.

    Ini juga mencerminkan polarisasi politik yang semakin meningkat di sekitar tindakan iklim, katanya, terutamanya di AS di mana kebanyakan kes demikian berlaku.

    “Situasi di AS menunjukkan bahawa litigasi adalah jalan dua hala dan boleh digunakan untuk membantu kurangkan perubahan iklim dan juga untuk memperlahankannya.”

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga, pihak yang didakwa telah berrubah daripada menafikan sains atau memberi bertindak balas ke mempersoalkan cara dasar dilaksanakan, kata laporan itu.

    Pada tahun 2024 di AS, sebagai contoh, terdapat sekurang-kurangnya lima kes berkaitan memperkenalkan piawaian kecekapan tenaga baharu untuk bangunan, peralatan atau kenderaan.

    Trend yang semakin meningkat ke arah dakwaan anti-iklim, “sudah semakin bertambah ” pada bulan-bulan awal penggal kedua Presiden Donald Trump dan boleh dijangka berterusan, kata Setzer lagi.

    “Semakin jelas bahawa mahkamah akan terus menjadi medan pertandingan dan cabaran” terhadap kempen Trump mengenai dasar perubahan iklim, menurut laporan tersebut. – AFP

    Satu demonstrasi untuk menghapuskan bahan api fosil pada Sidang Kemuncak Iklim PBB COP29 pada November 2024 di Baku, Azerbaijan. Tindakan undang-undang terhadap ancaman iklim semakin meningkat. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda