Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinder perkenal ciri ‘double date’ untuk janji temu kurang tekanan

    LONDON, 17 JUN – Aplikasi Tinder melancarkan ciri baharu ‘double date’ dalam usaha menarik Generasi Z dan golongan wanita muda yang mencari pengalaman janji temu yang kurang tekanan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Ciri itu akan diperkenalkan kepada pengguna aplikasi janji temu berkenaan di United Kingdom bermula pertengahan Julai.

    Pengguna yang mengaktifkan ciri ‘double date’ boleh memilih sehingga tiga rakan untuk menjadi pasangan.

    Pasangan itu kemudian boleh melakukan ‘swipe right’ atau menyukai pasangan lain pada aplikasi itu – hanya satu ‘like’ daripada mana-mana pasangan diperlukan untuk membentuk padanan.

    Sekiranya berlaku padanan, satu ruang bual berkumpulan akan diwujudkan bagi membolehkan pasangan berkomunikasi dan merancang janji temu.

    Tinder, yang telah menguji ciri itu dalam kalangan pengguna di beberapa pasaran antarabangsa selama beberapa bulan berkata ia berjaya menarik minat golongan muda dan wanita yang mencari cara lebih sosial dan kurang tekanan untuk berkenalan.– Bernama

    Gambar The Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda