Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinggal dalam gua setelah trauma gempa bumi

    HATAY, 4 MAC – Seorang lelaki Turki yang kehilangan rumahnya akibat gempa bumi besar pada 2023 telah tinggal bersendirian di dalam sebuah gua kecil selama dua tahun kerana menganggap ia lebih selamat daripada mana-mana struktur buatan manusia.

    Pada Februari 2023, Turki Selatan telah digegarkan oleh gempa bumi yang kuat pada Februari 2023 meragut nyawa berpuluh ribu orang dan menjadikan seluruh kawasan kejiranan menjadi runtuhan.

    Menurut Oddity Central, Ali Bozoğlan, bapa kepada tiga anak telah kehilangan tempat tinggalnya akibat gempa bumi tersebut.

    Walaupun dia dan keluarganya terselamat tanpa cedera, Ali menjadi sangat takut dengan gempa bumi sehingga dia memutuskan dia tidak mahu lagi tinggal di bangunan buatan manusia.

    Sebaliknya, dia menemui sebuah gua kecil di pinggir bandarnya dan dia mengubahnya menjadi rumah yang selesa.

    Walaupun dia tidak dapat meyakinkan keluarganya turut sama tinggal di ‘rumahnya’ yang luar biasa itu, Ali mendakwa dia tetap gembira dan aman.

    “Saya telah tinggal di sini selama 2 tahun selepas gempa bumi dan saya menemui keamanan di dalam gua ini,” kata Ali Bozoğlan kepada TGRT Haber. “Gua ini telah wujud selama beribu-ribu tahun dan tidak (pernah) runtuh.”

    Jabatan Gabenor Daerah Defne telah menawarkan rumah kontena yang selesa di suatu tempat yang lebih dekat dengan bandar kepada Ali setelah mendapat berita mengenai Ali.

    Namun, Ali sudah mula suka berada jauh daripada kehidupan bandar yang sibuk, belajar menghargai kedamaian dan ketenangan menghuni gua kecilnya.

    “Saya basuh pinggan, cuci pakaian, bersihkan rumah dan memasak. Saya mempunyai kehidupan yang indah di dalam gua,” kata Ali. “Saya jauh daripada semua orang dan berhubung dengan alam semula jadi. Orang yang tidak berpendidikan bercakap buruk tentang kehidupan saya kerana mereka tidak duduk bersama, bercakap dan tidak mengenali saya, (jadi) mereka membuat komen yang berbeza.”

    Semua di atas: Tangkap layar dari video menunjukkan kehidupan Ali di dalam kediamannya. – Video Youtube.

    Ali turut mengakui bahawa hidup sendirian di dalam gua adalah tidak sempurna apabila keadaan agak panas semasa musim sejuk dan sejuk pada musim panas. Selain itu, terdapat gangguan ular dan tikus tetapi dia sudah biasa menghadapinya.

    Dia juga ingin mempunyai kemudahan tandas yang baik dan sumber air yang mengalir, tetapi ia hampir mustahil. Dia turut merancang untuk memasang solar untuk mesin basuh dan peti sejuknya.

    Jika rancangannya tidak berjaya, dia tetap tidak akan berpindah daripada keselesaan guanya kembali ke struktur buatan manusia dalam masa terdekat. – Agensi

    Ali bersama guanya. – Oddity Central
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda