Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinggal di hotel mewah hampir setahun untuk jimat duit?

    NANYANG, CHINA, 12 JAN – Sebuah keluarga di China mencetuskan perdebatan hangat dalam media sosial selepas mereka berpindah ke bilik suite hotel mewah secara kekal kerana ia lebih murah dan lebih mudah daripada menyewa atau memiliki rumah.

    Menurut laporan Odditycentral, lapan orang sekeluarga itu telah tinggal di sebuah hotel mewah di Nanyang, wilayah Henan, China selama 229 hari.

    Mereka tidak mempunyai rancangan untuk berpindah dalam waktu terdekat selepas mendapat kadar istimewa iaitu bayaran AS$140 sehari untuk suite mewah dengan dua bilik tidur dan ruang tamu yang besar berdasarkan tempoh penginapan mereka, keluarga itu kini merancang untuk tinggal di hotel secara kekal.

    Bayaran untuk suite itu juga termasuk elektrik, pemanas, air dan tempat letak kereta.

    Keluarga yang tidak didedahkan itu mendakwa bahawa mereka sebenarnya menjimatkan wang dengan tinggal di sebuah hotel dan kehidupan mereka jauh lebih selesa.

    “Kami berasa gembira tinggal di sini, jadi kami merancang untuk tinggal di hotel ini selama-lamanya,” kata Mu Xue, ahli keluarga dalam video tular. “Bilik ini berharga AS$140 sehari. Keluarga kami terdiri daripada lapan orang dan kami hidup dengan selesa. Saya tidak pernah fikir cara hidup ini akan membantu menjimatkan wang. Saya hanya merasakan bahawa ia menjadikan segala-galanya mudah.” – Agensi

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda