SEORANG lelaki berusia 62 tahun dari Birmingham, England, baru-baru ini telah menjadi tajuk-tajuk berita selepas mendedahkan bahawa dia telah tinggal di dalam hutan selama lima tahun sebelum berpindah ke pusat perlindungan bagi mereka yang tiada tempat berteduh, hanya untuk menjauhkan diri dari isterinya yang sering berleter dan mengawal kehidupannya.
Malcolm Applegate bekerja sebagai tukang kebun sepanjang kehidupannya, dan menikmati kehidupan suasana taman. Namun ianya berubah apabila dia berkahwin, kira-kira 13 tahun yang lalu, di mana hidupnya berubah menjadi lebih teruk. Dia mendakwa bahawa pada mulanya, dia dan isterinya berada dalam hubungan yang sangat baik, namun apabila Applegate menjadi semakin sibuk dengan kerja, isterinya mula lebih mengawal kehidupannya, sehingga dia perlu bersama isterinya selama berjam-jam lamanya. Ada pada satu ketika, kesemua pertengkaran dan leteran daripada isterinya adalah terlalu berlebihan buat Applegate, jadi dia pun mengemas barang-barangnya dan meninggalkannya. Daripada berpindah ke rumah rakannya dan memfailkan perceraian, dia kemudian menghilang.
“Saya telah berkahwin dengannya selama tiga tahun, tetapi malangnya ia keterlaluan bagi saya,” kata Applegate. “Selama tiga tahun, semuanya baik-baik sahaja, dan aktiviti perkebunan terlalu sukar buat isteri saya. Kemudian saya meninggalkannya, kerana sudah jenuh dan sering bertengkar.”
Applegate merancang untuk menunggang motosikalnya ke London, tetapi ketika di Oxford, dia lupa mengunci motosikalnya dan dicuri, jadi dia harus melakukan perjalanan dengan berjalan kaki, yang membawanya kira-kira tiga minggu. Dia akhirnya menetap di hutan tebal berhampiran Kingston, barat daya London, berkhemah di sana pada waktu malam, dan bekerja di taman pusat komuniti pada siang hari.
“Terdapat tiga daripada kami melakukan perkhemahan,” tulis Malcolm baru-baru ini. “Mereka hanya berkhemah bersama dengan saya semasa saya masih berkerja di pusat itu dan kami sudah terbiasa di sana (hutan) untuk mencuci dan mandi. Tiada siapa yang tahu keberadaan kami di sana. Ia tidak diketahui – tiada siapa yang akan masuk ke sana.”

Malcolm Applegate berkhemah di hutan itu selama lima tahun yang panjang sebelum akhirnya berpindah ke pusat Emmaus Greenwich, sebuah tempat perlindungan bagi mereka yang tiada tempat tinggal di Greenwich, selatan London, lima tahun lalu.
Keinginan lelaki untuk menghindari isterinya itu adalah sangat hebat yang mana dia tidak pernah menghubungi keluarganya untuk memberitahu mereka bahawa dia masih hidup. Dia baru-baru ini menghubungi kakaknya, yang mana membuat pencarian Applegate selama bertahun-tahun sebelum akhirnya berjumpa. Kakaknya menyangka Applegate berkemungkinan besar telah mati.
“Sudah lama saya tidak menjumpainya, dan pada masa itu dia telah pergi ke seluruh asrama Salvation Army di selatan, cuba mencari saya,” kata Malcolm. Saya rasa dia menganggap saya telah mati. Saya menulis surat kepadanya sebaik sahaja berada di Greenwich dan dia menelefon saya. Dia menangis. Kami kini mempunyai hubungan yang hebat sekali lagi. “
Penduduk berusia 62 tahun itu mendakwa bahawa tinggal di tempat perlindungan bagi mereka yang tiada tempat tinggal tidaklah begitu teruk dengan apa yang orang fikirkan, semua orang belum pernah berkhemah di hutan tebal selama lima tahun. Dia mempunyai bilik yang bersih, membuat aktiviti perkebunan dan mempunyai kehidupan sosial yang aktif. “Saya suka di sini, hidup saya secara rasmi telah kembali semula,” katanya.