Oleh Nurdiyanah R. –

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Seorang lelaki warga Filipina telah dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan tiga kali sebatan kerana tinggal lebih masa selama lebih 1,000 hari.
Alvin Jules Abaya, 48, menyara dirinya dengan bekerja sebagai tukang bersih di tanah perkuburan secara bebas, dedah Pendakwa Imigresen, Adi Yusra Adanan.
Pada petang 8 Ogos, defendan pergi ke imigresen untuk menguruskan pas beliau yang telah tamat tempoh pada 25 Februari 2020.
Kesnya dipindahkan ke bahagian penguatkuasaan yang membawa kepada penahanannya.
Majistret Kanan Harnita Zelda Skinner selanjutnya mendapati defendan pertama kali memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial pada April 2019, dengan memanjangkan pasnya dari semasa ke semasa, sehingga tarikh luput terakhir.


