Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinggal lebih masa: Lelaki dipenjara 4 bulan, 3 sebat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Seorang lelaki warga Bangladesh yang tinggal lebih masa di negara ini selama 787 hari dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan dengan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret, kelmarin.

    Kobirul Islam, 36, mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan mengakui fakta kes yang dikemukakan Pendakwa Imigresen, Zul Azri Ranee yang menyatakan bahawa pegawai penguat kuasa imigresen menahannya semasa pemeriksaan di tempat tinggalnya di Kampung Tanjong Nangka pada 17 Januari lalu.

    Semasa siasatan, pegawai-pegawai telah mendapati bahawa defendan telah melarikan diri daripada majikannya pada 2020 dan telah melakukan pekerjaan sampingan sejak itu, sehingga hari penahanannya.

    Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni mempengerusikan kes itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda