Oleh Ak Zaki Kasharan –

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Mahkamah Majistret di sini, hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap seorang wanita warga Indonesia yang juga diperintah untuk membayar denda $500 selepas dia mengaku bersalah tinggal lebih masa di negara ini.
Samiatun, 58, perlu menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda.
Pendakwa Imigresen Zul Azri bin Haji Ranee mendedahkan di mahkamah bahawa Samiatun telah ditangkap oleh sepasukan pegawai penguat kuasa imigresen di sebuah gerai makan yang terletak di Kampung Lambak Kiri, kelmarin.
Majistret Kanan Harnita Zelda Skinner selanjutnya mendengar bahawa defendan telah didapati memegang pas imigresen yang telah tamat tempoh.


