Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinggal sehelai sepinggang kerana banjir

    PAKISTAN, 30 OGOS – Banjir yang melanda timur Pakistan mula-mula memusnahkan tanaman jagung Nasreen Bibi, kemudian lembu yang makan tanaman itu dan seterusnya rumah keluarganya.

    Mereka naik ke bumbung untuk mengelakkan daripada air yang semakin meningkat, sebelum melarikan diri dengan bot.

    “Kami tidak membawa barang-barang keperluan kami, semua yang kami miliki ditinggalkan di sana,” kata Bibi, yang menganggap umurnya dalam lingkungan 30an, dari kem bantuan di dalam sebuah sekolah di Mandi Ahmedabad, sebuah kampung di timur wilayah Punjab .

    “Tiada apa-apa lagi yang tinggal di rumah,” katanya sambil mengesat air mata di dalam khemah yang dikongsi bersama tiga anak perempuannya.

    “Ketakutan menghantui fikiran anak-anak saya.”

    Sebahagian besar kawasan penanaman di Pakistan ditenggelami air bulan ini, dengan sekurang-kurangnya 130,000 orang dipindahkan, selepas tebing sungai Sutlej pecah dan melimpahkan air ke ratusan kampung dan ribuan ekar tanah.

    Ketua kerajaan Punjab, Mohsin Naqvi berkata banjir itu berpunca daripada perlepasan lebihan air takungan ke dalam sungai Sutlej oleh India, menyebabkan banjir di hilir bahagian sempadan Pakistan.

    Dengan air yang surut secara perlahan, kira-kira 40 bot menghantar makanan dan bantuan dua kali sehari ke 80 kampung yang ditenggelami air , di mana kaum lelaki bertenggek di atas bumbung untuk menjaga barang-barang keperluan yang basah. – AFP

    Seorang wanita bersama barangnya mengharungi air banjir di sebuah kampung di wilayah Punjab pada 28 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda