Tinggalkan adat bagi tangani virus

WAIANAE – Glen Kila sudah sekian lama menyapa orang dalam cara tradisional puak asli Hawaii.

Bersentuhan dagu, dia bernafas bersama-sama dengan orang yang disapanya.

“Muka ke muka, mata ke mata,” dia menerangkan adat tersebut yang dipanggil ‘honi’. “Ia mengongsikan rohani sesama kita.”

Tetapi kini adat tersebut telah terhenti, dan dia mula menyapa orang ramai dengan menundukkan badan sama seperti budaya penduduk Asia disebabkan oleh penjarakkan sosial.

Peraturan menjarakkan diri sejauh enam kaki yang digunakan untuk membendung menyebarkan wabak koronavirus adalah antitesis tradisi di Hawaii, yang mana norma-norma kebudayaan berkisar keintiman – bersalaman dengan memberi pelukan dan memberi kuntuman bunga – dan keluarga di sini adalah sangat rapat, jelas Kila.

Penduduk Hawaii mengamalkan cara tradisional yang dikenali sebagai ‘honi’ (berlaga dagu) yang kini terpaksa ditinggalkan kerana penularan wabak koronavirus.- AP
Glen Kila (kiri) membuat sapaan dengan membuat Shaka sebagai ganti kepada ‘honi’ bagi membendung penularan koronavirus dan mengamalkan penjarakkan sosial. – AP
Pelawak berasal dari Hawaii, Frank De Lima, memakai penutup muka dan mengekalkan penjarakkan sosial ketika membeli belah di Honolulu. – AP

“Ia benar-benar mengambil aloha dari budaya kita,” kata Kila, seorang pengamal kebudayaan Hawaii di Waianae, sebuah pekan persisiran pantai Oahu, salah sebuah pekan yang mempunyai komuniti terbesar penduduk asli Hawaii.

“Ia adalah menyedihkan, tetapi kita mesti mematuhi peraturan keselamatan ini.”

Seperti semua orang di seluruh dunia, penduduk Hawaii telah meninggalkan adat dan budaya kebiasaan dan arahan untuk berkurung di rumah dan penjarakkan sosial untuk menghindari kesemua budaya termasuk budaya dari Barat iaitu mencium pipi sebagai tanda sapaan sesama mereka.

Pada tahun 2006, di tengah-tengah kebimbangan mengenai selesema yang berbahaya dan mampu membunuh yang dikenali sebagai H5N1, pengarah kesihatan Hawaii pada masa itu, Dr Chiyome Fukino, memberi amaran negara itu bahawa mereka mesti mengubah beberapa cara ketika berdepan dengan penularan pandemik ini.

“Di Hawaii, kami adalah jenis yang suka bersentuhan – kami mencium pipi ketika kami berkata helo,” dia yang pada masa ini berkata ketika sidang kemuncak influenza.

“Apa yang kami ketahui ketika pandemik, perkara sapaan seperti itu terpaksa diketepikan buat selama-lamanya. Jangan memberikan ciuman di pipi dengan sesuka hati.”

Kerisauan mengenai penularan koronavirus baru-baru ini telah memaksa sebuah kumpulan penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah penduduk asli Hawai telah meminta untuk merobohkan perkhemahan yang menghalang pembinaan teleskop gergasi di Pulau Besar itu.

“Ia adalah satu cabaran yang sangat hebat bagi kami untuk tidak menyapa satu dengan yang lain dan tidak membuat sentuhan fizikal. Sebilangan orang merasa sukar untuk melakukannya,” kata Noe Noe Wong-Wilson, yang dianggap sebagai ‘kupuna’ atau orang yang tua, dan seorang pemimpin untuk melawan menentang Teleskop Berukuran 30 Meter.

“Ia adalah perkara yang paling sukar bagi kami untuk tidak menyapa anak-anak damit, kanak-kanak muda, dengan pelukan. Tetapi kami mesti melakukannya.”

Ia adalah penting, sebahagiannya adalah kerana sejarah Hawaii, katanya.
“Menurut sejarah, kami tidak pernah dapat menahan dengan penyakit yang telah melanda komuniti kami,” Wong-Wilson berkata mengenai penyakit yang menghancurkan penduduk Hawaii sejak Kapten James Cook tiba pada tahun 1778. Para kru dan orang Eropah telah membawa penyakit seperti cacar, campak dan sifilis.

Koronavirus yang menyebabkan gejala ringan dan sederhana bagi kebanyakan orang. Tetapi bagi sebilangan yang lain, terutama orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan, ia boleh menyebabkan penyakit berbahaya atau kematian.

Mengekspresikan aloha buat sementara waktu tidak akan dibuat, tetapi tindakan tersebut adalah berpatutan, kata Kila dan Wong-Wilson.

“Pada hujungnya, selepas beberapa bulan, ia akan menjadi okey.” Kata Kila. “Ia akan kembali semula kepada aloha di mana honi diamalkan, pemberian bunga akan diamalkan.”

Wilson-Wong berkata para pembantah akan kembali ke gunung tertinggi di Hawaii untuk terus tegak dengan perpaduan menentang teleskop, yang mana mereka percaya mencemarkan tanah suci mereka, dan sebaik sahaja keadaan kembali selamat untuk membuat perkumpulan dan mengamalkan sapaan cara tradisional.

Pelawak berasal dari Hawaii yang terkenal, Frank De Lima cuba untuk menghindari dari tempat yang disukainya, kata Kelab Honolulu Keeaumoki Street Sam.

Sebelum pandemik, dia akan pergi ke pusat membeli-belah yang dipenuhi dengan berjabat tangan dan pelukan, “Ia adalah sebahagian dari Kelab Sam saya,” dia berkata.

Sebelum lawatan terbaharu ini, dia terpaksa menyangga seseorang dengan troli membeli-belah kerana kelihatan orang tersebut berada terlalu dekat dengan mereka.

Meninggalkan pelukan dan ciuman di pipi patut menjadi kerisauan penduduk Hawaii yang paling sedikit ketika ini, termasuk mengangkat dagu dan ‘shaka’ – ibu jari dan jari kecil menunjuk keluar dan jari lain tertutup, yang turut dikenali sebagai ‘hang loose’.

“Shaka ini boleh mencapai sehingga enam kaki – tiada kerisauan, tidak perlu untuk rapat,” dia membuat lawak di Pidgin. – AP